Cara Betul Membersihkan Alat Sulit Bayi Anda

Menjaga alat sulit bayi lelaki

-Semasa menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu di sekeliling penis dan skrotum bayi untuk membuang sebarang kekotoran yang ada. Selepas menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas.

-Sebenarnya semasa bayi, penis bersih secara semulajadi, jadi jangan menarik kulup penis untuk mencucinya kerana anda tidak dapat menariknya kembali ke tempat asal.

-Kulup penis bayi terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu kerana anda mungkin mencederakannya.

-Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.

-Jika bayi disunatkan, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi. Selepas mandi sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergeser dengan lampin.

-Sesekali biarkan bayi tidak berlampin seketika bagi membolehkan kemaluannya terdedah pada udara dan lebih cepat pulih.

-Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.

-Ia adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan, ia mungkin menjadi merah yang tidak berkurangan atau berdarah, dan hujung penis menjadi bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila kencing. Jika bayi didapati mengalami salah satu tanda tersebut, segeralah rujuk dengan doktor.

Menjaga alat sulit bayi perempuan

-Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersihkan alat sulitnya dari arah depan di bawa ke belakang iaitu dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).

-Sekiranya lampin bayi dikotori dengan najis dan ada sedikit najis memasuki bibir vagina (labia) bayi, lakukan langkah berikut:

*Gunakan jari (bersih) anda untuk membuka bibir vagina bayi.

*Guna kapas basah, untuk menyapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.

*Kemudian, ambil lagi kapas basah bersih, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

-Membersihkan vagina dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan jangkitan. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di sekeliling alat sulit, dan sapu dari depan ke belakang.

-Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat vagina bayi bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Jangan panik kerana ia memang perkara biasa dan berlaku disebabkan bayi terdedah kepada hormon ibu semasa masih berada di dalam uterus (rahim) ibu.

-Tetapi, sekiranya bayi masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan pertama selepas sebulan lahir.

Sumber : Pa&Ma

359 total views, 1 views today

Posted in Bayi

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.