9 Cara Menyusu Yang Perlu Anda Tahu

Bagi ibu baru perasaan kekok adalah pada kali pertama mahu menyusukan anak.  Anak pertama yang baru dilahirkan mengundang banyak persoalan kepada si ibu terutamanya berkenaan cara menyusukan anak dengan betul.

Jangan bimbang ibu semua, kebanyakan daripada ibu yang baru sahaja melahirkan anak mempunyai masalah yang sama. Apa yang utama ialah anda dan bayi anda berasa selesa dengan posisi yang anda tentukan ketika menyusukan bayi.

Elakkan daripada menyusukan bayi anda dengan cara membongkok. Cara yang selesa adalah dengan menggalas bayi anda dengan pangkuan bantal kecil yang selesa di kepada bayi. Selain itu anda boleh juga menyusukan bayi anda dengan cara berbaring. Kaedah menyusu sebegini sesuai untuk ibu yang melahirkan anak melalui kaedah caesarean.

Selepas mendapatkan posisi yang selesa ibu boleh memastikan si manja melekapkan mulutnya dengan betul pada puting payu dara. Jika cara lekapan salah anda mungkin mengalami sakit puting dan si manja anda merengek kerana tidak dapat susu yang dimahukan. Si manja juga akan menangis kerana berasa tidak puas menyusu.

Bagi mengetahui sama ada anda menyusukan bayi itu secara betul atau tidak, cuba lihat dan baca perkara ini.

1. Ibu boleh melihat sedikit bahagian dalam bibir bayi – Ini memberitahu anda bahawa bibir bayi terkeluar sedikit dan bukannya terperap masuk.

2. Mulut bayi dan areola (puting yang berwarna agak gelap di sekeliling) melekap kuat – Keseluruhan puting payu dara anda berada dalam mulut bayi.

3. Sebahagian besar areola (sekurang-kurangnya satu inci jejari) berada dalam mulut bayi – Ketika bayi menghisap, anda hanya dapat melihat sedikit bahagian luar areola. Pangkal puting payu dara tidak kelihatan kerana berada di dalam mulut bayi.

4. Lidah bayi berada di antara gusi bawahnya dan payu dara – Anda boleh melihat keadaan ini jika anda menarik sedikit bibir bayi ke bawah. Sekiranya bayi dapat melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payu dara daripada rahangnya.

5. Telinga bayi bergerak-gerak – Semasa menghisap dan menelan, otot di depan telinga bayi akan bergerak. Ini menandakan dia menghisap dengan betul dan berkesan dengan menggunakan keseluruhan rahang bawahnya.

6. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan – Dalam beberapa hari selepas dilahirkan, bayi mungkin menghisap 5 hingga 10 kali sebelum anda mendengar dia menelan. Ini kerana kolustrum keluar secara sedikit. Apabila bekalan susu anda mula banyak, anda dapat mendengar bunyi bayi menelan dengan jelas. Aktiviti menghisap dan menelan dengan aktif ini seharusnya berterusan selama 5 hingga 10 minit pada setiap payu dara.

7. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi – Bayi menelan susu.

8. Tiada bunyi klik didengar – Bunyi klik akan kedengaran jika kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara dia menghisap tidak betul.

9. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menghisap – Bentuk melengkung (seakan bentuk lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payu dara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan idahnya. Jika ini berlaku, biarkan bayi melepaskan puting anda dan betulkan cara anda menyusu.

Kredit : Penjagaan Ibu dan Si kecil.
Kredit gambar: GreenProphet

349 total views, 1 views today

Posted in Penyusuan

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.