Peranan Suami Terhadap Isteri Menyusu

Mudah sekali menasihati seorang ibu yang baru bersalin, “Berilah bayi itu susu ibu, jangan beri susu formula. Kasihan dia…”

Namun, adakah orang yang menasihati itu tahu apa masalah yang menimpa si ibu sehingga dia menyerah kalah untuk terus menyusui bayinya apabila susunya kurang?

Pertama sekali, ibu yang ingin menyusukan bayinya tanpa mencampuri setitik pun susu formula perlu memiliki keinginan yang tinggi dan keyakinan yang kuat.

Namun, ia tidak cukup dengan hanya dua perkara utama ini. Si ibu memerlukan sokongan yang kuat daripada suaminya. Bagaimana suami dapat membantu dalam situasi ini? Baca peranan suami di bawah:

1-Bantu Isteri Elak Stres

Apabila isteri stress, susu badan akan berkurang. Ia berkait dengan faktor emosi. Emosi juga mengawal pengeluaran susu. Apabila isteri gembira, hormon gembira yang terhasil akan mendorong pengeluaran susu yang banyak.

Gembirakan isteri dengan meringankan bebannya. Bantulah dia membuat kerja-kerja rumah atau menjaga anak-anak. Taklah isteri penat dan menjadi stress.

2-Beri Kata Semangat

Ucapkan kata-kata yang menguatkan lagi semangat isteri untuk menyusukan bayinya. Ceritakan padanya ganjaran yang akan diterima daripada setiap titis susu yang diberikan kepada bayi.

3-Belikan Produk

Suami seharusnya membantu isteri dengan membelikan produk penambah susu buatnya. Jangan pula biarkan isteri sorang-sorang memikirkan tentang produk apa untuk menambah susu dan mengira-ngira pula adakah duitnya mencukupi.

4-Beri Keselesaan Pada Isteri

Ibu menyusu selalu sakit pinggang kerana bayi menyusu lama. Suami takkanlah membiarkan saja isterinya penat dan sakit. Belikan buat isteri ‘nursing pillow’, sediakan kerusi yang selesa untuk isteri menyusukan bayi serta tanyakan pada isteri apa yang dia inginkan ketika sedang menyusukan bayi. Takkanlah jika isteri dahaga, suami tidak boleh tolong ambilkan?

5-Bancuh Susu Untuk Isteri

Alangkah indahnya perasaan seorang isteri yang menyusukan bayi apabila suaminya menunjukkan sokongan dengan membancuh segelas susu buatnya setiap malam. Pasti perasaan gembira itu mendorong lebih banyak susu yang keluar.

287 total views, 1 views today

Posted in Penyusuan

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.