6 Jenis Kulit Sensitif Bayi Yang Anda Perlu Tahu

Kulit si manja memerlukan penjagaan yang rapi. Antara kerengsaan kulit yang dihadapi si manja adalah:

1. Seborrheic dermatitis (cradle cap) – Keadaan kulit ini muncul dengan ruam merah, kasar dan lebam pada kulit. Ia juga bersisik dan kekuningan. Masalah ini disebabkan keaktifan kelenjar minyak di dalam kulit.

2. Jangkita yis – Jangkitan yis selalunya berlaku pada bahagian lampin. Mula muncul dengan bintik merah yang kecil, ia kemudian berkembang menjadi ruam merah. Jangkitan yis berpunca daripada pengambilan antibiotik oleh kepada si manja.

3. Impetigo – Kesan lepuhan dalam bentuk tompokan berwarna kemerah-merahan dan diselaputi kerak berwarna perang madu. Impetigo dikaitkan dengan jangkitan bakteria dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.

4. Chafing – Geseran menyebabkan keadaan kulit nipis dan menggelupas. Pendedahan kepada lampin basah dalam masa yang lama menyebabkan keadaan ini.

5. Perenial dermatitis – Terjadi pada bahagian sekeliling dubur. Selalunya terjadi apabila si manja yang telah memulakan pemakanan pejal atau keras.

6. Ekzema – Masalah kulit ini selalunya hadir dalam bentuk tompokan merah dan bersisik. Lokasi tumpuan ialah pada bahagian muka, kaki dan bahagian sulit. Selalunya disebabkan oleh faktor alahan, pendedahan kepada bahan kimia, bahan perengsa, faktor persekitaran dan keturunan.

Kredit gambar: www.pregnancyandbaby.com

 

208 total views, 1 views today

Posted in Bayi

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.