Apabila Puting Payu Dara Pedih dan Sakit

Apabila anda hamil anak kedua dan masih menyusukan anak pertama, perkara yang sering dibangkitkan ialah bagaimana untuk mengatasi masalah puting sakit dan pedih apabila menyusukan anak.

Ada ibu yang mengadu akibat daripada keadaan ini, mereka tidak dapat berehat dengan cukup dan mengalami tekanan perasaan. Di tambah lagi dengan puting yang sakit dan pedih menyebabkan ‘mood’ ibu terjejas dan boleh menyebabkan keadaan bertambah rumit.

Situasi ini berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Semuanya banyak bergantung kepada hormon atau perubahan hormon. Kesakitan yang dirasai ada kaitan dengan masalah tiada bekalan susu, isu pelekapan dan sebagainya.

Masalah sakit puting mungkin tidak dapat diatasi sepenuh kerana ia ada kaitan dengan hormon, namun anda boleh cuba beberapa perkara yang boleh mengurangkan kesakitan.

1. Selain daripada mengalihkan tumpuan anak daripada menyusu, anda boleh rehatkan minda dengan menonton televisyen sambil menyusukan anak, boleh juga anda membaca buku yang diminati bagi membolehkan minda anda tidak terganggu apabila membenarkan anak anda menyusu. Mungkin kaedah ini tidak sesuai untuk semua ibu, jadi carilah perkara yang anda suka lakukan dan beri izin kepada minda anda untuk fokus perkara yang anda suka namun dalam masa sama anak anda terus menyusu.

2. Cuba untuk minum banyak air putih atau air yang berkhasiat seperti susu dan sebagainya. Kurangkan masalah payu dara kurang susu.

3. Ubah gaya penyusuan anak anda. Jika anda merasakan gaya susuan menyebabkan puting anda sakit maka cara terbaik ialah cuba ubah kedudukan yang anda rasa selesa. Galakkan anak anda buka luas-luas mulutnya supaya puting anda tidak berapa sakit. Biasanya puting sakit juga disebabkan kerakusan anak anda yang dahagakan susu. Sebaiknya anda memahami keadaan anak anda dan sesuaikan mengikut keadaan. Anda kenal puting anda, jadi cara terbaik adalah dengan mengenali tahap sensitif payu dara masing-masing.

313 total views, 1 views today

Posted in Penyusuan

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.