Apabila Anak Masuk Tadika

Hari pertama hantar ke tadika

Mama pasti berasa berat hati untuk meninggalkan si kecil apabila sudah terbiasa dengan anak di rumah. Situasi di dalam kereta pasti penuh dengan kata-kata nasihat agar anak berasa selesa apabila ditinggalkan di tadika nanti. Ketika meninggalkan anak di tadika pastikan jiwa mereka bersedia daripada aspek fizikal dan mental. Ini kerana saat ini adalah saat penting untuk melihat anak-anak mampu berdikari.

Dengar si comel berkongsi

Dalam perjalanan pulang si comel, pastikan anda bertanya anak anda apakah perkara yang mereka lakukan di tadika, siapakah rakan baru mereka, seronokkah mereka di sana dan apa sahaja. Dengan berkongsi cerita si manja anda akan lebih terdorong dan seronok mahu belajar lagi. Jangan sekat apa yang mereka mahu kongsikan, sebaliknya anda boleh membantu mereka berasa seronok dan terhibur. Kata pada mereka, dunia tadika adalah dunia yang seronok dan pelbagai perkara baru yang mereka boleh lakukan.

Kejut si comel untuk bangun

Memujuk si comel bangun memang satu perkara yang memerlukan kesabaran. Sebelum ini waktu mereka kita tdak pantau, sekarang setiap hari kita perlu ada jadual waktu yang mesti dipatuhi. Sebagai ibu, ini adalah saat yang memerlukan kita berkorban sebelum si manja dapat membiasakan diri. Jika mereka malas bangun, pujuklah mereka dengan kata-kata positif atau beri mereka ganjaran. Semuanya perlu berlaku dengan gembira dan seronok.

Ambil anak pulang

Ibu bapa yang prihatin pasti akan datang awal ke tadika atau sekolah untuk mengambil anak pulang. Biasanya pada hari pertama persekolahan kita akan lihat berderet kereta ibu bapa yang menunggu anak masing-masing. Mereka tidak sabar-sabar mengambil anak mereka kerana banyak faktor yang bersarang di kepala. Ada yang terlalu merisaukan anak di hari pertama persekolahan, ada yang rindukan anak dan ada yang terlalu sedih sehingga mengeluarkan air mata. Sebagai ibu bapa, cuba datang awal 30 minit atau 15 minit awal supaya tiada kesesakan jalan raya berlaku.

Siapkan si comel

Ketika mandi, bersarapan dan menyarungkan anak dengan pakaian baru, pasti terdetik di jiwa kita bahawa anak kita sudahpun besar, Semakin sayu hati kita untuk meninggalkan mereka di tadika atau di sekolah. Sebolehnya siapkan anak dengan lengkap dan beritahu mereka bahawa pakaian baru yang kita beli untuk mereka adalah yang paling kita suka. Tanya mereka apa yang mereka perlukan dan support mereka dengan penuh kasih sayang.

Pesanan khas untuk mama: Biasakan anak dengan persekitaran tadika

1. Membawa anak meninjau kawasan tadika sebelum sesi persekolahan bermula.

2. Kenalkan apa itu tadika kepada si manja dengan gambar atau lukisan.

3. Ceritakan keseronokan yang ada di tadika. Sebagai contoh banyak kawan, banyak permainan, banyak cikgu cantik dan sebagainya.

4. Sediakan kelengkapan sekolah atau tadika lebih awal untuk menarik minat mereka supaya tidak sabar ke sekolah.

5. Maklumkan kepada gurunya bahawa anak si mama pemalu orangnya, pendiam dan sebagainya supaya guru memahami sedikit perangai anak si mama.

6. Minggu pertama persekolahan bantu si manja supaya biasakan diri dan reward mereka dengan apa yang mereka suka asalkan tidak membazir.

230 total views, 1 views today

Posted in Budak-budak

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.