5 Perkara Penting Kulit Bayi Baru Lahir

1. Jerawat dan bintik putih

Jerawat bayi ada kaitan dengan yis, bukan pengeluaran minyak seperti jerawat remaja. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu.

2. Kepala berkerak

Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini dipanggil sebagai dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung atau di belakang telinga.

3. Ruam

Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan . Ia biasa muncul pada bahagian badan-badan bayi anda yang terdedah kepada peluh. Seperti kawasan leher, lampin, ketiak dan pada lipatan kulit. Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut kepada persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dab pakaian kain kapas longgar.

4. Masa mandi

Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain atau rendam lama dalam air sabun. Sapukan losen atau pelembap selepas mandi. Cara mengeringkannya juga secara tepuk-kering dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit.

5. Produk penjagaan kulit

Gunakan detergen lembut untuk mencuci segala-galanya yang menyentuh kulit bayi anda. Begitu juga dengan cecair mandian. losen, syampu dan sebagainya. Sebaiknya biarlah daripada sumber semula jadi dan rendah kandungan bahan kimia.

250 total views, 1 views today

Posted in Bayi

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.