Kenali Payu Dara

Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dari awal anda dapat mengambil langkah penyelesaian masalah. Bagi mengenal pasti bentuk payu dara adalah normal atau tenggelam, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menekan puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit.

Kemudian, lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu bermakna payu dara anda normal. Jika tiada apa-apa perubahan selepas menunggu, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.

Jika anda mempunyai masalah puting tenggelam agak sukar untuk anda menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya kepada anak anda, namun jangan bimbang, terdapat banyak produk di luar sana yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Apa yang penting adalah anda benar-benar yakin dengan kebolehan dan keyakinan anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada anak anda.

 

 

201 total views, 1 views today

Posted in Penyusuan

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.