5 Fakta Selepas Kelahiran Yang Ibu Perlu Tahu

1. Payudara terus membengkak – Ia berlaku dua hingga tiga hari bagi mempersiapkan pengeluaran air susu daripada tubuh. Pembengkakan payudara mula menyusut sebaik sahaja mula menyusukan bayi.

2. Rahim mulai mengecut – Proses pengecutan rahim agak menyakitkan. Untuk mengatasinya, minum banyak air dan dan ia membuatkan anda kerap kali membuang air, seterusnya membantu proses pengecutan mejadi lebih mudah.

3. Sembelit – Ketika hamil hormon progesteron membuatkan otot saluran pencernaan berkontraksi lebih lambat dan ia kekal hingga minggu kedua selepas melahirkan anak. Sebaiknya banyakkan pengambilan makanan berserat tinggi, berjalan-jalan dan melakukan senaman ringan.

4. Kesakitan pada perineum – Ini terjadi kerana bekas jahitan pembedahan atau trauma ketika melahirkan bayi. Jika terasa sakit, anda boleh menekap perineum dengan ketulan ais yang dibungkus kain. Anda juga boleh baring mengiring dan duduk di atas bantal.

5. Pengeluaran darah tanpa henti – Lokia adalah keluarnya darah dari vagina selama tiga hari hingga enam minggu. Sampai hari keempat, cairan yang keluar umumnya berwarna merah tua dan warna akan berubah secara berperingkat.

255 total views, 1 views today

Posted in Materniti

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.