Mengapa Anda Perlu Pam Susu di Tempat Kerja

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya memang sukar untuk anda bahagikan antara tugasan dan masa yang ada untuk mengepam susu. Ada di antara ibu bekerjaya yang terlalu sibuk sehingga menyerahkan segala keperluan bayi kepada susu formula.

Sebenarnya anda masih ada cara untuk menghadapi masalah mengepam susu di tempat kerja.

Jika anda ditempat kerja anda boleh meminta izin daripada majikan untuk mengepam susu anda di tempat kerja. Contohnya di surau atau bilik yang selesa dan selamat digunakan. Jika tiada tempat yang sesuai anda boleh sahaja mengepam susu di ruang pejabat anda bekerja, anda boleh tutup guna kain, bukannya susah.

Abaikan kata orang yang menuduh anda mengambil kesempatan masa, sebaliknya kuatkan semangat untuk memberi yang terbaik kepada anak anda.

Hanya diri kita sahaja yang tahu sakitnya apabila payudara bengkak akibat susu penuh. Inilah masa untuk mengepam susu dengan penuh rasa gembira. Betul tak?

248 total views, 1 views today

Posted in Penyusuan

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.