Mengatasi Stress Susu Kurang Pada Awal Kelahiran

Bersalin anak pertama sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Sudahlah zero pengalaman, susu badan pula kurang. Paling merunsingkan, hari-hari yang dilewati di hospital. Luka bersalin masih terasa peritnya, bayi pula asyik menangis kerana tidak kenyang atau puas menyusu.

Usah stress atau gelisah!

Ibu baru perlu memahami dengan lebih awal bahawa anda akan melalui keadaan ini. Justeru, persiapkan mental dan fizikal anda untuk tidak mudah emosi, stress dan bimbang. Sebaliknya, terus sabar menyusukan bayi anda sambil mendodoinya agar bayi lebih tenang.

Untuk menggalakkan pengeluaran susu selepas bersalin, anda perlu membiarkan bayi anda teruskan hisapan. Anda juga boleh membuat urutan-urutan ringan dan lembut pada payudara untuk memudahkan lagi pengaliran susu. Jika bayi merengek, jangan terus merasa putus asa. Fikirkan anda boleh, susu anda pasti keluar dengan banyak, maka insya-Allah ia akan meransang pengeluaran susu.

Apabila pulang ke rumah pula, makanlah makanan yang boleh menambahkan susu seperti lobak putih, jantung pisang, susu, kurma dan banyak minum air putih. Selain itu, pelbagai produk tambah susu di pasaran yang boleh dijadikan ikhtiar. Jangan lupa juga berdoa kepada Allah.

Paling penting, apabila bayi sedang tidur, ambillah masa 20-30 minit untuk mengepam susu agar ransangan akan berterusan malah stok susu dapat disimpan. Setelah berusaha, maka tawakkal kepada-Nya.

Ingat, susu formula adalah pilihan terakhir jika selepas mencuba kesemua ikhtiar tersebut anda tetap gagal memberikan susu yang secukupnya kepada si comel!

203 total views, 1 views today

Posted in Penyusuan

About admin

Gorgeous Mom is a brand name that is synonym to nursing mother and baby care. The passion in this field is translated into informative blog and store for nursing mothers and baby care.