Butik Gorgeous Mom Outlet Menjual Pelbagai Produk Ibu dan Bayi Berjenama

Jika anda singgah di butik Gorgeous Mom Outlet (GMO), terdapat pelbagai keperluan ibu dan bayi yang boleh didapati . Sesuai dengan keperluan ibu hamil atau selepas bersalin, GMO menawarkan pelbagai produk berjenama seperti Pognae, Autumz, Medela, Spectra, Mam, Avent, Apple Tree dan lain-lain.

GMO juga menyediakan keperluan untuk ibu menyusu. Jubah dan blaus menyusu yang terdapat di sini pasti memuaskan hati anda. Rekaan yang selesa, corak yang menarik dihasilkan daripada fabrik lembut dan nyaman ini boleh didapati dengan harga mampu milik.

Selain itu, terdapat juga bra menyusu, nursing cover, nursing inner, maternity skirt dan pelbagai lagi. Semua produk yang ditawarkan diperhebatkan lagi dengan potongan diskaun.

Sebagai sebuah butik keperluan ibu dan bayi, kami juga menyediakan ruang kecil untuk anak anda bermain tanpa mengganggu anda memilih barangan. Malah, suami anda juga boleh menunggu di sebuah kerusi yang disediakan bersebelahan rak mini majalah.

 

290 total views, 1 views today