Bagaimana Memilih Domain Name

Pilih domain name yang tepat. Domain name yang tepat untuk perniagaan membantu seseorang usahawan mengembangkan bisnesnya.

Anda tidak semestinya memilih domain name yang sama dengan syarikat anda. Jika syarikat anda bernama Gorgeous Mom Outlet Sdn Bhd, tidak semestinya nama domain name anda Gorgeousmomoutlet.com.

Namun jika anda merasakan nama domain syarikat anda unik dan tidak terlalu panjang anda boleh menggunakan domain name tersebut.

Dalam memilih nama domain, ada dua faktor yang mesti usahawan ambil kira.

1. Pelayar internet

2. Enjin carian (SEO)

Memilih domain nama yang mudah dan diingati pelanggan adalah salah satu cara menarik pengguna internet sentiasa melawati laman web kita.

Nama domain yang panjang menyebabkan pengguna internet sukar mencari dan mengingati jenama bisnes kita. Domain name yang sukar juga menyebabkan pengguna internet sukar mencari nama perniagaan kita di browser internet.

Jangan terkejut kerana ada pemilik bisnes yang menggunakan domain name dengan perkataan yang sukar dieja. Jika perkara ini berlaku bagaimana blognya membantu mengembangkan bisnes?

Kebanyakan pemilik bisnes yang tidak mengambil berat berkenaan strategi domain name kebiasaannya menutup domain name mereka kerana trafik blog atau laman web mereka rendah.

Syarat utama memilih domain name dengan betul:

1. Domain name yang pendek

2. Domain name yang mudah ingat

3. Mudah sebut

4. Tidak mengelirukan/meragukan

5. Memberi kesan kepada pengguna

 

 

203 total views, 1 views today